SK Airport telah ditubuhkan pada Tahun 1966 di atas tapak berkeluasan 4,399 hektar yang beralamat di Rh. Sekapan Panjang, Sungai Rejang, Belaga. SK Airport adalah di bawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Belaga. SK Airport merupakan sebuah sekolah yang menerima bantuan penuh daripada kerajaan. Dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), SK Airport tidak mempunyai kemudahan asas yang cukup. Sumber elektrik adalah berpunca daripada enjin janakuasa yang disenggara oleh pihak swasta manakala sumber air pula adalah daripada tangki takungan hujan.
Bersebelahan dengan rumah panjang Sekapan Panjang, majoriti murid-murid di SK Airport di SK Airport adalah berbangsa Sekapan dan selebihnya Kenyah dan lain-lain. Dikategorikan juga sebagai sekolah berasrama harian, murid-murid diwajibkan tinggal di asrama walaupun rumah mereka hanya bersebelahan dengan sekolah. Semenjak ditubuhkan pada Tahun 1966 hingga sekarang, seramai 13 orang guru besar telah silih berganti yang mana dibantu oleh beberapa orang guru yang juga silih berganti.